Wednesday, 24 December 2014

Stadium? Stadium bola :)

Assalammualaikum. lamanya tak update kat blog :( malas nya ya ampunn. haha. harap semuanya dalam keadaan baik as i am . so, hari ni tergerak hati nak share pengalaman kat stadium. First time pergi tengok bola LIVE tahun ni masa Malaysia vs Vietnam, separuh akhir.
Second time, masa final. Malaysia vs Thailand. Bersyukur sangat sebab dapat tengok bola secara live.
Tengok bola kat stadium adalah perkara yang luar biasa bagi aku, suasana dalam stadium.. Subahaallah. Sangat meriah. Aku cerita satu satu okay? cerita aku ngn org lain tak sama. peace,

    So, bila dah sampai kat stadium tu, nak cari parkingnyaa ya ampunn. Penuh. klau nak pergi stadium, memang kne gerak awal lah kannn. Lepas solat asar, terus bergegas ke sana! jangan tunggu jee, melepasla parking kauu. Bila dah parking, terusla masuk stadium, cari tempat siap siap. orang beribu.

    Before aku masuk stadium with my family, kitorg menghadapi satu kesulitan dimana semua org berhimpit untuk masuk woo ! semua besar kutt, macam gergasi aku tgok,. haduhaii. but, i hold my father's hand. bukan aku je, yg lain pun pegang antara satu sama lain. Maklumlah, kami budak kecil, yg lain suma besar. wahh, dah sampai kat kaunter tiket nk masuk, dua cousin aku terlepas dari genggaman. Dua dua lelaki pulak tu, bdak skolah menengah bawah. aku ngn family aku yang lain agak gelabah bila dorg hilang. mana tak nya, kau fikir aku boleh nmpak dorg dengan org gergasi disekeliling aku ? Ayah aku pun tak leh nmpak dorg, apa lagi aku ? so, i decided untuk beranikan diri.
Dengan lagak spontan, aku dengan gah nya panjat pagar yang ada kat situ.. bayangkan aku boleh nmpak semua org gergasi yg ada kat situ ! dah macam artis nk buat konsert kat situ. semua org boleh nmpak aku.. so, aku senyum, aku panggil la nama dorg! malu tu memang la, tapi keadaan dah darurat. wahhh, nasib abng yg ada kat situ semuanya sporting abis, klau tak, meletopp aku kat situu. ada gak yg nanyi lagu " AWAK KAT MANA ? " malunya.. ada gak yg tak puas hati, tapi aku masih lagi kecil weyh, mengalah la skit..so, aku pekakkan telinga jeh :) tapi dorg baik ! akhirnya, keberanian aku membuahkan hasil. aku jumpa jugak dorg. Alhamdulllah. so, dalam bab ni, aku heroin nya !
   
     Sebelum perlawanan bermula, dorg dah sorak terlebih awal, jadi pembakar semangat la tuuu.. well, sorakan yang gempak, cool, menarik. masa tu kalau kau nk nyanyi kuat kuat pun tak pa.. no one will get angry with you. Tapi yg perempuan tu, agak agak sikit yaa.. suara kamu itu aurat :) hah, yg jadi ketua sorak tu, ULTRAS MALAYA. srsly guwa tabik sama dorang. best ! sebab tu diorg cakap, walaupun kita kalah ngn Thailand, sorakkan kita tiada siapa dapat tanding.. masa kau duk kat stadium, kau mesti ada rasa semangat nk menang dengan bantuan sorak dorg!

     Masa masuk waktu solat, ada yang segera pergi ke toilet untuk mengambil wuduk, tapi ada jugak yg pekak kan telinga. Mungkin dorg takut tempat diambil oleh org lain. tapi aku tak kisah, aku ngn ibu segera pergi ke toilet untuk mengmbil wuduk. aku respect org yg solat masa tu :) diorg tak lupa Yang Maha Pencipta :) syukur Ya Allah. siap solat berjemaah lagi.. ada yg solat dekat depan toilet sebab yang lain tempat org lalu lalang.. sangat teruja bila mereka tak lupa siapa Tuhan mereka :) Masa tengok bola tu pun best !aku nmpak riak wajah dorg yg semangat untuk bersorak ! aku pun sama. hikhikhik. tapi tak apa, aku suka.. cuma beza yg tgok bola kat tv ngn live ; kat tv boleh nmpak muka pemain dgn jelas, tapi kat stadium, harapan lah weyh! haha. so, setakat ni je la karangan aku pasal Stadium bola ! Assalammualaikum !


Sunday, 7 December 2014

[ FOR THE FIRST TIME IN FOREVER ]

Pertama kali,
Kita bertemu,
Wahai Harimau Malaya,
Yang satu.
Tiket dibeli,
Berharga tinggi,
Stadium menanti,
Kedatangan kami.
Harimau Malaya,
Buat bersungguh,
Kalahkan musuh,
Demi negara,
Ikhlas kerana Allah,
Pasti berjaya,
In Shaa Allah.

*ps/ puisi ni untuk semalam sebenarnya, sebelum ditumpaskan..2-1

Friday, 5 December 2014

HARAPAN

Umpama berlari,
Mengejar yang tak pasti,
Lari dan terus berlari.

Sampai satu tahap,
Aku berhenti,
Bukan berhenti mengharap,
Tapi penat.

Hanya menyambung dengan doa,
Tawakkal apa yang bakal berlaku,
Tanpa berhenti mengharap.
-nransyhrh-

Sunday, 30 November 2014

BUANG

PERNAH RASA KENA BUANG ?
-- PERNAH.
DARI MANA?
-- DARI HATI MANUSIA LAIN.

Monday, 24 November 2014

Solat Sunat Dhuha

Assalammualaikum and Good Morning ! Sekarang cuti sekolah. Mesti bosan. Asyik tidur je kejeee. Bangun nk dekat zohor. Matahari dah terpacak atas kepala baru nk bangun. So, dari pada korang "membuta" di siang hari, mimpi pun tak pasti.. apa kata kalau rajin kan diri untuk Solat Sunat Dhuha? Tau tak nk solat macam mana ? Meh, Ain terangkan. Ini berpandukan buku. Bukan saja2 type. Hihik ;)

SOLAT SUNAT DHUHA
• Dua rakaat / sehingga dua belas rakaat, dikerjakan dua rakaat tiap-tiap satu salam.
•Waktunya setelah matahari naik (dlm pkul 8.00 pagi) sehingga kira-kira tengahari.
•Lafaz dan niat solat :

                *maksudnya: Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat
                                          kerana Allah Taala.
•Surah yang dibawa selepas Al-Fatihah :
                 * Kaedah 1; Rakaat pertama Surah Al-Syamsy.
                                       Rakaat kedua Surah Al-Laiil.
                 * Kaedah 2; Rakaat pertama Surah Al-Dhuha.
                                       Rakaat kedua Surah An-Nasr.
                 * Kaedah 3; Rakaat pertama Ayat Al-Kursi (7 kali)
                                       Rakaat kedua Surah Al-Ikhlas (11 kali)
•Selepas memberi salam, bacalah doa berikut :
• Fadhilatnya, selain daripada mendapat pahala yang banyak, mereka yang mengamalkan solat sunat ini mudah mendapat rezeki dan mendapat ganjaran sebagai orang-orang salih.




Assalammualaikum and Good Evening ! Sebenarnya Ain bosan. So, what i like to do when i'm bored is reading a novel. Nak cerita pasal apa eh? Hmm? Okay, cita pasal buku ni kejap. This book sebenarnya sambungan buku ' Aku Bukan Malaikat ', yang ditulis oleh Rudy Hirdy. Ain tak baca lagi buku sebelumnya. Haha. But I'll make sure, before Ain baca this book, Ain akan khatam kan buku sebelumnya. Hikhik. Ramai yang tanya " Best ke baca Novel ?' /  'Ada apa dengan Novel ?'; Weyh, novel ada macam2. Klau pilih buku2 romantik tu, mungkin ada sendiri kelebihan dia. Tapi Ain tak berapa suka bc I know kebanyakan Novel, cerita dia mesti sama. Hanya jalan cerita yang berbeza and tajuk dialahh. Hadehh.

       Tapi, bila kita baca islamic novel, walaupun ceritanya agak sama, tapi benda itu sentiasa mengingatkan kita kepada perkara2 yang patut kita ingat. Thats why i love islamic novel. Kadang kala kita lalai, kita cuai. Yeahh, kita semua tahu there is nobody perfect except our prophet, Nabi Muhammad SallahuAlaihiWasallam. So, InShaaAllah bila kita selalu baca, benda tu always in my mind. Benda tu kita boleh share kat kawan yang masih tertanya. Klau macam hadis, bila kita tgok banyak hadis yang sama dlm novel2 islamic, InShaaAllah hadis tu sahih. So, itu pendapat Ain tentang novel. Yang lain tak tahu lah yee. Hehe. Bye. Assalammualaikum Hamba Allah ! 

Sunday, 23 November 2014

Bismillahirrahmanirahim...

Alhamdulillah.. this is my new blog. Idk what I'm going to say for now XD how about, introduce myself ?First of all, you can just call me Ain :)I am thirteen years old. I have two siblings including me and I am the oldest sister. I love maths. I like to read a novel, islamic novel. yaaaa..okay, now what? haha. I love apple, juice apple. I like blue, red, purple.. turqoise? yah, why not.I school at Subang Jaya. But I'm not going to say my school's name. hehe.so, tu jela kutt ? kan? lain kali kita sembang kay ? InShaaAllah. Assalammualikum ahli syurga :')